MASALAH YANG DIHADAPI
Kajian yang pernah kami jalankan sebelum ini juga menunjukkan bahawa kecenderungan pelajar kepada tajuk-tajuk berunsur kenegaraan atau sejarah adalah rendah. Situasi ini telah berlaku sejak mereka di alam persekolahan lagi.
Kesan daripada kecenderungan pelajar yang rendah terhadap topik-topik berunsur kenegaraan ataupun sejarah ialah pelajar tidak fokus dan pemahaman mereka juga terjejas.
Para pensyarah di kolej ini sentiasa berusaha untuk melaksanakan pelbagai inisiatif dalam kelas untuk menjadikan PdP interaktif dan aktif. Namun pelbagai teknik tersebut agak konservatif.
Selain itu, tajuk-tajuk ini merangkumi skop yang agak luas dan banyak sedangkan PdP untuk mata pelajaran Kemahiran Dinamika terhad kepada 1 jam dalam seminggu.
Sebelum ini penggunaan komputer, LCD projector dan layar putih menjadi pilihan bagi menayangkan klip-klip video yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran tersebut bagi meningkat minat dan pemahaman pelajar. Namun kesukaran untuk menyediakan kemudahan LCD projector dan layar putih dalam kelas, telah membataskan penggunaan peralatan seumpama ini.
Hasil perbincangan yang mendalam, kumpulan kami bersependapat bahawa PdP bagi tajuk-tajuk komponen ini perlu dijalankan dalam pelbagai kaedah yang interaktif dan berupaya membangkitkan minat pelajar terutama berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Sehubungan itu, kami melihat ada alternatif lain yang lebih mudah dan memberi impak yang sama bahkan lebih menarik. Penggunaan Goggle Cardboard (GC) dan elemen realiti maya dalam PdP adalah amat menarik, trend terkini dan mendapat sambutan pelajar. Penggunaan GC ini tidak melibatkan kos yang tinggi, menggunakan bahan yang sedia ada pada pelajar termasuklah telefon bimbit, fon telinga, video klip daripada You Tube dan perisian android. Bahkan bahan video yang boleh dikaitkan dengan topik kenegaraan ini, banyak tersedia dalam perisian You Tube.
OBJEKTIF
Kumpulan kami mensasarkan 3 objektif utama semasa melaksanakan inovatif ini, iaitu:
1. Meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran tajuk-tajuk Negara dan kewarganegaraan,
2. Meningkatkan pemahaman pelajar dalam pembelajaran tajuk-tajuk Negara dan kewarganegaraan,
3. Mengekalkan fokus pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung,
3. Mengekalkan fokus pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung,
4. Menghasilkan sesi PdPC yang aktif dan interaktif,
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kami adalah pelajar-pelajar Modul 1 dan 3, sesi 2017/2018 yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Dinamika pada semester 1 ini. Pada peringkat awal penggunaan GC sebagai bahan inovatif PdP ini, kami melibatkan pelajar kelas D17M3t1 dan SM1K1P4 sahaja.
No comments:
Post a Comment