Monday, 2 October 2017

SEAWAL KALAM, SEULAS BICARA



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Salam Sejahtera




BICARA TENTANG KAMI


KUMPULAN DINAMIK KMS ini mula ditubuhkan pada tahun 2014. Sewaktu itu, tercetus idea dalam ahli kumpulan kami, Saudara Kamal Ariffin bin Bidin untuk menyediakan helaian kuiz Mata Pelajaran Kemahiran Dinamika dalam bentuk atas talian. Dengan dibantu oleh seorang rakan pakar bahasa. Saudara Kamal Shukri b. Abdullah Sani dan seorang pakar teknologi maklumat, Saudara Kean Kim Leong, kuiz ini berjaya dibina dan digunakan kepada semua pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Kemahiran Dinamika ketika itu sehinggalah tahun 2016.




LANGKAH INOVASI


Pada tahun 2015, kuiz Mata Pelajaran Kemahiran Dinamika telah diperkemaskan dan ditingkatkan kualitinya. Kumpulan ini telah membawa kuiz ini dengan nama KATKD (Kuiz Atas Talian Kemahiran Dinamika) ke arena inovasi. KATKD menawarkan penjimatan dari sudut kos, kertas, masa, ruang penyimpanan soalan, kerahsiaan dan tenaga kerja.





PENCAPAIAN KUMPULAN DINAMIK KMS


Langkah menceburi arena inovasi, membuahkan hasil iaitu:

  1. Johan Kategori Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer,        Pertandingan Inovasi Kolej Matrikulasi Selangor 2015.
  2. Naib Johan Kategori Akar Umbi, Pertandingan Inovasi peringkat Daerah Kuala Langat anjuran Majlis Daerah Kuala Langat 2015
  3. Penyertaan dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2015.








MERCU KUMPULAN DINAMIK KMS


Logo Kumpulan Dinamik KMS ini mengambil semangat daripada warna Jalur Gemilang dan berpegang kepada moto 'BERILTIZAM MENJANA MODAL INSAN CEMERLANG'



AHLI KUMPULAN DINAMIK KMS


Bagi menjayakan inovasi kali ini yang berjodol 'PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF MENGGUNAKAN REALITI MAYA', kumpulan ini dianggotai oleh,



KAMAL ARIFFIN BIN BIDIN
(Ketua Kumpulan)




PATIMAH BT AHMAD




WAN ZAHRAH BT HASSAN




VIRAWATY BT YUNUS
(KETUA UNIT KEMAHIRAN DINAMIKA)




SEAWAL KALAM, SEULAS BICARA بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  ...