PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF MENGGUNAKAN REALITI MAYA
(KATEGORI AMALAN PdP BERBANTUKAN ICT)
OLEH KUMPULAN DINAMIK
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
OLEH KUMPULAN DINAMIK
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
Mata Pelajaran Kemahiran Dinamika merupakan salah satu mata pelajaran wajib dalam Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Mata pelajaran ini terdiri daripada tiga komponen iaitu Pengurusan Kendiri, Komunikasi Interpersonal dan Kemahiran Berpasukan serta Negara dan Kewarganegaraan. Mata pelajaran ini bertujuan untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Komponen Pengurusan Kendiri adalah komponen pertama dan pelajar akan mempelajari tajuk berkaitan kehidupan berwawasan dan kehidupan beretika.
Komponen kedua iaitu Komunikasi Interpersonal dan Kemahiran Berpasukan akan mendedahkan pelajar kepada Asas Komunikasi, Kemahiran mendengar dan Empati, Cara Perhubungan dan Corak Komunikasi, Temuduga, Pengucapan awam, Kepimpinan dan Budaya Berpasukan.
Komponen Negara dan Kewarganegaraan merupakan komponen ketiga dalam sukatan pelajaran mata pelajaran Kemahiran Dinamika. Komponen ini merangkumi topik-topik yang berkaitan dengan Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Sistem dan Struktur Pentadbiran Malaysia, Perlembagaan Malaysia, Pembangunan dan Perpaduan.
Tajuk-tajuk yang terdapat dalam mata pelajaran ini mempunyai skop yang luas dan mendedahkan pengetahuan baru kepada pelajar.
Walau bagaimanapun, daripada hasil pemerhatian kami dalam kelas, tajuk-tajuk dalam komponen Negara dan Kewarganegaraan kurang menarik minat dan perhatian pelajar berbanding dengan tajuk-tajuk dalam komponen yang lain.
Sehubungan itu, kumpulan kami mengambil inisiatif untuk membangkitkan minat dan meningkatkan kecenderungan dalam tajuk-tajuk berkenaan melalui penggunaan Google Cardboard (GC) dan elemen realiti maya sebagai satu inovartif dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Dinamika.

GOOGLE CARDBOARD
Penggunaan Google Cardboard bagi menggantikan Virtual Reality Box (VR Box) yang lebih mahal kosnya, namun fungsinya sama. Sekarang penggunaan VR Box sebagai alat untuk menonton video yang berkonsepkan realiti maya, telah menjadi satu kesukaan golongan muda.
VIRTUAL REALITY BOX
Justeru itu, dengan memanipulasikan trend terkini serta kemudahan yang sedia ada dalam kalangan pelajar maka kami membawa elemen realiti maya melalui penggunaan GC ini untuk menjadikan PdP yang interaktif dan aktif sekaligus mencapai objektif untuk meningkatkan kefahaman pelajar bagi topik yang dipelajari.

No comments:
Post a Comment